CERPEN 09 (MAYAT)

Aku suka mengimbau kenangan. Sebab itu aku gemar tengok gambar. Aku akan imbau kenagan yang berkaitan dengan gambar tersebut. Masa aku terjumpa gambar konvo aku,aku teringat waktu zaman kolej dulu. Fikiran aku terus menerawang dekat kawan kawan baik aku masa di kolej dulu. Terus aku cari gambar kami berlima di facebook. Dapat. Azyan,Jiha,Ila dan… Sarah. Lihat dia buat aku teringat kisah yang betul betul menyayat hati dan menakutkan?
****
Jiha
Kami dulu digelar “Diva Evil” oleh budak budak hostel. Sehari kalau kami tak kacau orang tak sah.Selalumya game Azyan dan Farihah. Aku,Ila dan Hana hanya ikut je. Kami pernah menyamar pocong untuk takutkan budak junior yang masuk tandas. Waktu tu Farihah tak join sebab ada hal. Sampai terkencing budak tu kami takutkan. Mencicit budak tu lari.Dengar cerita besoknya budak tu berhenti koleh terus. Pernah juga kami bermain puja puja macam ‘Spirit Of The Coin’,tapi langsung takda apa apa yang terjadi dekat kami. Sebab tu kami langsung tak takut nak main benda alah macam tu. Tapi,tidak pada permainan tu
“Farihah,mai sini kejap tengok benda nih!”panggil Azyan
“Asal? Jap la,aku tengah study nih.”jawab Farihah
“Alah,kejap je.Nanti nantilah study.Ni,tengok benda baek nih.” Azyan masih memaksa.
“Yela.Benda apa? Bak nak nengok.”. Farihah mengalah.
“Game ni hah! Ada orang send dekat aku. Aku pun tak kenal sapa orang tu. Private number.”
“ ‘POSING BODIES?’ apa benda tu?”
“Game ni macam seram jugak lah.Tapi ni lebih dari jadi mayat. Maksudnya kalau kau nak rasai mati,game macam ni lah sesuai.Jom main nak? Aku tengok macam best je. Seram pun ada gak. Lagipun dah lama tak main hantu hantu ni.”
“Boleh tu boleh. Tapi sapa nak jadi mayatnya? Taknak aku.” Sarah pelik bila Azyan tiba tiba senyum jahat.
“Hana?”
***
Hana
Aku baru balik dari tandas. Buang air. Masuk je bilik,aku terus diterjah dua budak ni. Diorang ajak aku main satu game. Aku tanya game apa. POSING BODIES. Teruk betul nama game ni.Aku tanya pula macamana na main. Lepas diorang terangkan,aku ikut main. Aku setuju je sebab selalunya aku yang jadi bahan eksperimen. Tapi,aku tak sangka itu jadi petanda terakhirku.
***
Azyan
Aku bukan apa. Aku saja je cuba nak main game ni. Aku jumpa game ni pun sebab ada orang bagi. Aku tak tau siapa yang bagi. Tengok macam best je. Aku pun cuba jelah. Ternyata game  itu memang realiti
***
Ila
Azyan,Sarah dan Jiha lah penyebab Hana jadi macam tu.Aku tak masuk campur.
“Jadi,macam mana nak mulakan?” Jiha bertanya
“Hana,kau baring lah cepat. Kitaorang nak balut kau ni.”. aku menyuruh Hana.
“Tapi betul ke selamat game nih?” Hana was was.
Hana baring atas kain putih tersebut. Kain kapan sebenarnya.Jiha beli di kedai kepuk. Kami terus balut Hana. Lepas siap,kami cuba lihat ikatan tadi. ya,sebijik macam mayat. Dengan Hana yang memang muka dia putih putih pucat. Memang sama. Rasa seram pun ada jugak. Kami melakukan ritual atau game ini bukan dalam bilik,bukan juga dalam kelas tetapi di daam dewan besar sekolah. Ya. Dewan sekolah. Macamana kami dapat masuk tu,tak payahlah kami ceritakan. Jadi,lepas je Hana baring,kami pun terus ke suis lampu di sudut hujung dewan tersebut. Aku tutup lampu. Sumpah gelap.
Kami mendiamkan diri. Dari jauh kami mendengar suara Hana membaca mantera. Tapi lama kelamaan suara Hana mulai perlahan dan terus senyap.Lama.Kami pelik. Jadi,aku terus buka lampu dan…
“Hana hilang!” Ila separuh menjerit.
Kami terkejut. Memang Hana tiada di tempat asalnya. Kami terus berlari ke tempat Hana tadi. Sah hilang. Merata kami cari. Kami berpecah. Aku dan Ila mencari arah kanan dewan. Azyan dan Jiha sebelah kiri. Aku memang dah rasa lain macam. Tak kan Hana nak bergurau pulak. Tak lama kemudian aku terdengar Jiha menjerit.
“Hana! Kat atas pentas tu!”
Kami pandang terus ke atas pentas lepas Jiha jerit. Ya . memang Hana. Siap berbungkus lagi. Tapi,siapa pula sebelah dia tu? Ya Allah! Ma… ma..  MAYAT!
***
Ila
Bulu roma aku memang dah meremang. Aku terkaku. Kaki memang terasa kebas untuk bergerak. Kalau kau toreh muka aku pun memang takkan ada darah yang keluar. Pucat habis. Memang aku rasa air kencing dah terkeluar sikit. Sebab,mayat sebelah Hana tu saling tak tumpah macam muka aku!
***
Jiha
Aku pandang depan. Lepas tu aku pandang ila.Aku pelik. Kenapa ada dua ila?
Aku dapat lihat muka Hana macam kosong.tak tau apa apa. Macam tak sedar benda ni jadi. Tetap setia berdiri. Tiba tiba,tubuh Hana terangkat! Tinggi. Sampai cecah siling dewan besar tu dan..
PANG!
Hana terhempas ke atas lantai dari tempat tinggi . Hancur berkecai kepala Hana. Persekitaran dibanjiri dengan darahnya. Aku cuba memanggil namanya walaupun mustahil. Jiha Ila dan Azyan pun melakukan perkara yang sama.

Selepas kejadian itu,kolej tempat kami belajar terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada pihak polis membuat siasatan. Kami disoal siasat. Pihak polis tiada bukti untuk menahan kami kerana hasil siasatan menunjukkan tiada bukti untuk menahan kami kerana hasil siasatan menujukkan tiada tanda tanda  kami memecah dewan tersebut. Malahan,CCTV juga tidak dapat mengesan kami. Sungguh pelik! Dan ada pelajar mengaku bahawa mereka melihat kami di asrama kecuali Hana pada malam itu.     

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN 4 (ANDAINYA TAKDIR)

CERPEN 07 (SEBIDANG TILAM)

CERPEN 03 (PADANG)