Posts

CERPEN 10 (RM 12.50)

Bunyi kokokan ayam mengejutkan aku daripada lena. Tubuh kecilku bingkas bangun walaupun kedinginan pagi itu berusaha memujukku untuk melayan aksi-aksi menarik dalam mimpi. Mujur semangatku lebih handal menangkis semua godaan itu. Aku pantas mencapai lampu minyak tanah buatan asli ayah yang disimpan di tepi dinding bersebelahan dengan mancis. Lampu itu banyak berjasa meskipun asal usulnya daripada bekas botol kaca sos cili yang dikutip di tepi jalan hasil buangan orang. Aku menyalakan pemetik api lalu membakar sumbuh lampu itu. Cahaya oren kekuningan menerangi ruang tamu rumah. Adik, kakak, abang, mak dan ayah masih berbaring di atas lantai papan. Ayah dan mak yang baring di ruang tamu hanya menoleh ke arahku dan menyambung semula tidur mereka. Aku memasukkan mancis ke dalam poket seluar panjangku dan terus berjalan keluar. Aku mengatur langkah untuk menuruni anak tangga uzur alah lif dan banyak mengakibatkan aku jatuh itu. Kesejukan embun pagi serta bunyi-bunyian di waktu subuh

CERPEN 09 (MAYAT)

Aku suka mengimbau kenangan. Sebab itu aku gemar tengok gambar. Aku akan imbau kenagan yang berkaitan dengan gambar tersebut. Masa aku terjumpa gambar konvo aku,aku teringat waktu zaman kolej dulu. Fikiran aku terus menerawang dekat kawan kawan baik aku masa di kolej dulu. Terus aku cari gambar kami berlima di facebook. Dapat. Azyan,Jiha,Ila dan… Sarah. Lihat dia buat aku teringat kisah yang betul betul menyayat hati dan menakutkan? **** Jiha Kami dulu digelar “Diva Evil” oleh budak budak hostel. Sehari kalau kami tak kacau orang tak sah.Selalumya game Azyan dan Farihah. Aku,Ila dan Hana hanya ikut je. Kami pernah menyamar pocong untuk takutkan budak junior yang masuk tandas. Waktu tu Farihah tak join sebab ada hal. Sampai terkencing budak tu kami takutkan. Mencicit budak tu lari.Dengar cerita besoknya budak tu berhenti koleh terus. Pernah juga kami bermain puja puja macam ‘Spirit Of The Coin’,tapi langsung takda apa apa yang terjadi dekat kami. Sebab tu kami langsung tak takut

CERPEN 08 (RUMAH ABANG)

Syawal hari ini ditemani hujan lebat sejak awal pagi. Suasana jadi muram, sunyi dan basah. Sejak pulang dari solat sunat Aidilfitri di masjid tadi, adik terus berkurung dalam bilik. Adik rasa terbeban dengan perasaan sedih dan rindu mengenangkan abang. Abang belum lagi sampai ke kampung. Agaknya abang memang tidak mahu berhari raya dengan keluarga. Abang sudah jauh berubah sejak memiliki perhiasan indah yang menjadi lambang kebanggaan di rumahnya itu. Hubungan adik dan abang umpama ada benteng pemisah. Kalau bertemu pun bahasanya adalah kelu dan bisu. Adik tahu perhiasan kaca warna putih mutiara berbentuk hati itu mahal harganya, jadi wajarlah kalau abang terlalu menjaga perhiasan itu hingga abang semakin jauh dari adik dan keluarga. Sejak memiliki perhiasan itu abang juga jarang-jarang sekali pulang ke kampung. Kalau pulang ke kampung pun hanya satu malam. Sampai di kampung jam 11 atau 12 tengah malam dan keesokannya sebelum tengahari, abang sudah mahu berangkat pergi. Itulah jad

CERPEN 07 (SEBIDANG TILAM)

Rahim  memandang wajah anaknya Abdul yang sedang membuka surat di kerusi di hadapannya. Isterinya Tina juga menumpukan perhatian pada wajah Abdul yang kelihatan seperti ragu-ragu untuk membuka surat yang baharu diterima daripada posmen itu. Akhirnya surat itu muncul juga di tangan Abdul. Dia menatap. Tidak lama. Kepalanya melayah ke belakang, lalu Abdul bersandar pada kusyen. Seluruh raut wajahnya menggambarkan satu kekecewaan yang berat. Rahim berdiri lalu mencapai surat yang terkulai di tangan Abdul anaknya itu. Dia balik duduk di sebelah isterinya. Dia membuka surat itu. Tina ikut memandang surat itu. Lalu kemudian wajah keduanya memandang pada Abdul. Mata Rahim luas pada wajah Abdul. Tina cuma berwajah kering seperti Abdul menunjukkan kekecewaannya. “Dah berapa kali kamu temu duga?” Tanya Rahim. Matanya tetap luas pada wajah Abdul. Abdul tidak menjawab. “Bedulull!” Suara Rahim sedikit tinggi. Abdul memandang wajah ayahnya. “Ayah tanya, dah berapa kali kamu temu duga?

CERPEN 06 (TETAMU)

Kata Emak semenjak Adik pulang dari sekolah, dia sentiasa mengurungkan diri di dalam rumah, tidak mahu keluar bermain mahupun menghirup udara. Umurnya baru berusia lapan tahun, agak janggal bagi kanak-kanak yang seusianya tidak memanfaatkan waktu itu untuk bermain. Agak rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Bukan senang untuk memperuntukkan waktu sebegitu. Masa tidak akan berpatah kembali. Apa yang ada harus diharungi. Begitulah perjalanan hidup. Adik pulang dari sekolah. Pakaian seragam sekolah dibuka. Kasut dibiarkan terbengkalai di depan pintu. Stokin yang masam-masam itu diletakkan di atas meja kopi. Beg sekolah dicampakkan di atas kusyen. Emak yang sibuk memasak ketika itu tidak menghiraukan gelagat Adik. Adik terus mengurung diri di dalam bilik. Ada tetamu yang dibawa balik dari sekolah kata Emak. Tetamu itu tidak dipelawa untuk datang, tetapi mahu juga mengikut Adik pulang. Adik tidak kenal akan tetamu itu, bercakap pun tidak, inikan pulak untuk bertanya khabar. Apa yang m

CERPEN 05 (MENUNGGU DETIK)

“Selamat Hari Raya Nadia,” saya senyum lewat kata-kata itu. Saya belai rambut Nadia, dia tidak merasai nikmat belaian itu, saya tahu. Nadia belum sedar, Nadia belum mampu membuka mata pun. Namun, saya tahu sebaik sedar nanti, kalau Nadia mampu dia akan menjeritkan di puncak tertinggi, inilah nikmat Aidilfitri paling agung. Saya mengenal Nadia sejak setahun lalu. Entah mengapa, hati saya tersentuh setiap kali melihat Nadia. Mungkin kerana saya juga perempuan seperti Nadia, bersuami dan punya anak seusia, lalu kami jadi saling memahami. Atau mungkin kerana sudah hampir setahun Nadia terlantar di sini. Dan selama setahun itu juga saya kerap mendengar dia bercerita tentang Zaki, anak lelaki berusia setahun yang ditinggalkan bersama mentua di kampung. Selama 12 purnama mengenalnya, saya menjadi pendengar setia tentang keinginannya mendakap Zaki, tentang keinginannya menyusukan Zaki, tentang keinginannya membelai Zaki. Namun, semua keinginan itu tinggal keinginan. Ia tidak mungkin me

CERPEN 4 (ANDAINYA TAKDIR)

“Ilham, mari masuk. Dah senja.” “Tak mahu. Ilham mahu tunggu ibu dan adik.” “Ilham. Ilham sayang .…” Aidilfitri kali ini seperti hilang maknanya buat keluarga kami. Sebuah pemergian yang masih kejap dalam ingatan. Belum separuh purnama umat Islam menunaikan fardu Ramadan, kakak pergi meninggalkan kami. Pergi buat selamanya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Sebagai adik, aku bakal melengkapi tawa dan duka Ilham. Anak sulung kakak yang berusia lima tahun. Ilham masih belum mengerti makna kematian. Ilham masih mentah apabila hidupnya disinggahi babak pemergian. Ibu dan adiknya kini tiada lagi di dunia fana. Mereka diragut nyawa dalam sebuah kemalangan yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung. Aidilfitri mahu disambut sekeluarga. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Sudah begini suratan ajal mereka. Ilham masih menanti di birai jendela. Masih bermenung melihat jalan raya yang sunyi. Wajah anak comel ini tidak sekali mencerminkan ria. Rindunya masih tertahan di balik ke