CERPEN 02 (POWERBANK )
Namaku Sofea. Aku anak
kepada seorang anak polis yang hanya melihat ayah keluar pagi keluar malam
mencari rezeki tanpa henti dan kadang kadang dalam sehari aku hanya boleh
bersembang hanya 20 patah perkataan dan juga kadang kadang hanya sempat
bertanya khabar begitu sahaja. Kadang kadang aku rasa disisihkan di samping ada
terselit rasa sayang sikit sikit hilang begitu sahaja.
“krikkk”!bunyi pintu
diselit dengan perlahan tanda ada seseorang masuk ke dalam rumah. Aku melihat
jam di dinding dan detik jam perlahan bergerak menunjukkan jam 10.30 malam.
Waktu sebegini selalunya waktu ayah pulang. Lalu aku memberanikan diri lihat ke
luar bilik dan tepat sekali tekaan aku apabila ayah sedang menanggalkan
stokinnya yang semakin lusuh dari hari ke hari.
“Ayah baru balik?”.kata
aku. “Haah fea, ayah penat ni.ayah nak masuk bilik nak mandi,solat lepastu nak
tidur.” Begitulah kehidupan aku bersama ayah selain hari minggu. Kadang kadang
aku rasa diriku tak dihiraukan langsung. Tapi aku sayang ayah.
“Kring! Kring! Kring!”
jam locengku berbunyi. Ada dekat 3-4 kali jugaklah aku hentikan lepastu sambung
tidur semula. Tapi alhamdullilah aku tak lambat macam selalu sebab memikirkan
hal ayah semalam yang terlalu “sibuk”. Jam menunjukkan jam 7 pagi. Aku masuk
kerja pukul 8 sebentar lagi.
“Haih,malasnya nak
mandi,bangun semua.”. mengeluh aku sendiri.
Aku bersiap seperti
biasa.Selepas mandi terus aku menggosok baju kerjaku lalu menyediakan sarapan
yang tak seberapa. Hanya beberapa keping roti dan juga sebekas kaya. Lalu,ayah
keluar biliknya dengan sudah beruniform lengkap polis.
“Mari sarapan ayah.”
kataku. Ayah dengan senyuman yang manis seperti biasa menjamu sarapanku yang
tak seberapa tersebut dengan lahapnya walaupun tak sesedap mana.
“Ayah mungkin balik
lambat sikit malam ni ya fea”. Rumah nanti kunci,nanti karang ada orang masuk
susah kita pulak”. Pesannya. “Baik ayah.”
balasku biasa.
Sebelum ayah pergi
kerja,aku bersalam denggannya terlebih dahulu. “Kerja rajin rajin ya fea!”
sambil senyum manis kepadaku. Aku jadi serba salah sekejap dengan ayah walaupun
aku masih “membencinya” ketika itu. Walaupun pesanan itu bagi sesetengah orang
hanya sikit tapi entahlah apa yang aku rasa ketika itu. Lalu perlahan lahan ayah menghidupkan lalu meninggalkan
rumah.
Setelah aku bersiap,aku
kunci rumah lalu bergerak ke stesen bas
yang berdekatan dengan rumahku. Aku ni memang menaiki bas kalau hendak
ke tempat kerja kerana ayah seorang yang perlu kejar masa untuk bekerja dan
tambahan pula dia seorang polis.
Sampai di stesen bas
aku lihat tiada orang sedang menunggu bas lalu aku duduk seorang diri di situ.
Tiba tiba ada seorang wanita yang aku gelarkannya “kakak” kerana melihatnya
seperti lebih tua daripada aku.
“Dik,boleh akak pinjam
powerbank tak?” katanya seperti orang mati akal. Aku pun memberi kepada dia
powerbank aku.
Sementara menunggu
bas,dia bertanya kepada aku tinggal di mana,kerja apa,umur berapa. Di samping
itu juga dia memperkenalkan diri dia. “Akak stay dekat Johor Bharu.Akak tengah
ayah akak ambil akak ni.” Aku hanya melayankan sahaja gelagatnya.
Aku hanya menggangap
bahawa itu hanya topik itu hanya untuk berkenal secara umum kerana dia meminjam
powerbank aku. Tiba tiba ada satu gelagatnya yang membuatkan aku tertarik
dengannya dan aku ingin bertanya.
“Cincin kahwin ke
kak?”. Aku lihat dia asyik bermain dengan cincinnya. “Haah,akak dah nak kahwin
bulan depan dik!”. Dengan muka bangganya dia berkata kepadaku. Tanpa di minta
dia terus bercerita dengan ligat tentang tunangnya seperti aku rasa menyesal
bertanya tentang cincinnya itu.
Habis bercerita,dengan
mengejut dia rentap tangan aku seperti mahu meragut tapi dia hanya merentap
kuat seperti tidak mahu melepaskannya. Dia berkata “jangan benci orang yang
adik sayang”!. Katanya seperti memberi amaran. Aku seperti orang bodoh yang
tidak tahu nak buat apa apa.
Dengan rasa bersyukur
aku lihat bas yang sepatutnya aku naik sudah sampai. Lalu,aku menyarung beg dan
merampas kembali powerbank aku darinya. Di sebalik aku merampas powerbank
tersebut,tiba tiba sebuah telefon mainan terjatuh dari begnya. Dalam hatiku
berkata “apa yang akak tu cas tadi?”.
Tanpa hirau ditambah
dengan curiga yang masih tidak hilang aku terus menaiki bas. “Asal awak nampak
gelabah?”. Tanya pemandu bas terbabit. Aku pun menceritakan semua yang terjadi
sebentar tadi.
Pemandu bas tersebut
memberitahu bahawa wanita tersebut sudah 3 minggu berkelakuan begitu. Dia jadi
begitu kerana tunangnya meninggal bersama ayahnya dalam kemalangan jalanraya
ketika dalam perjalanan mengambilnya di stesen bas terbabit. Dia menunggu lama
di stesen bas terbabit kerana telefon bimbitnya kehabisan ‘battery’. Dia
menunggu seharian sehingga meminjam powerbank dari seseorang dan melihat banyak
panggilan masuk dan ada satu mesej yang menyatakan bahawa tunang dan ayahnya
sudah meninggal dunia. Dia tidak boleh menerima kenyataan lalu setiap hari akan
datang ke stesen bas tersebut untuk meminjam powerbank sesiapa sahaja dan
akan menjawab telefon mainannya.
Jadi,selepas aku
mendengar kisah itu,terdetik dalam hatiku ayah yang aku ‘benci’ sudah bertukar
menjadi sayang dan semakin memahami erti ‘hargai’.
Comments
Post a Comment