CERPEN 01 (NAIM)

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat juga aku beraya di kampung, jumpa mak abah,adik-adik dan kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita.
 Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah sangat dekataku pasal aku tak pernah pernah nak hantar surat kat dia. Dulu  masa zaman kecik-kecik mainsama-sama. Bila dah belajar… lupa kawan! Semua buat hal masing masing. Senyum aku sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanakku bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulanganku. Mesti ramai awek  kempung menyesal kerana mengejek aku dahulu. Maklumlah dulu aku ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara,aku sudah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan diriku. Bas yang membawa diriku dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, aku kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, aku melihat ada seseorang yang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Aku menghampiri.  orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
 “Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?” aku bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahuku.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahku. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalanku,cuma tersengih-sengih. Aku memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatku ini. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur diriku.Naim kelihatan murung.

“Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah  topik.“Cadangnya gitulah!”kata diriku
” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tanganku, dan tanpa membantah,aku merasakan ada betulnya juga kata si Naim ni jadi aku mengikut sahaja.
“Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata aku dalam hati. “Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Aku kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.“Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut aku mendengar cerita Naim.
“Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh.Aku tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang   .
“Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengorat diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan “Aku mintak maaf Naim, akubetul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!” aku menyuarakan rasa bersalahku. Naim cuma  tersenyum. “Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok=balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati aku semakin sebak. Sampai begini susah hidup  Naim! “Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara aku sedikit sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”Kami berbual hingga larut malam. Aku tak sedar hingga pukul berapa. Ketika mataku semakin terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus aku tidak berfikir panjang lalu tertidur..
“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!” Satu suara kuat menyebabkan aku tersentak dari tidur.Kelam kabut aku bangun.”Eh? Mak!” terkejut diriku lihat ibuku berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluargaku yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahku.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Aku memerhatikan sekelilingku. Tiada gelas berisi teh. Tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepiku terpacak batu  nisan!Aku melompat bangun. Aku pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Aku mengelabah.
“Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah! “Kenapa?? Kau tengok dekat kubur siapa kau tidur tu!” Aku segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 ogos 1997 – 2 November2017! Aku terpelangah.“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”“Budak ni bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..”terang ibuku dengan suara pilu. Aku tambah terkejut.
Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang aku temui semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampaikan padanku yang masih terduduk disisi pusara Naim, lantas aku teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.


“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni  datang lah rumah aku ye!” Serta-merta aku kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.”Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana !

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN 4 (ANDAINYA TAKDIR)

CERPEN 07 (SEBIDANG TILAM)

CERPEN 03 (PADANG)