Posts

Showing posts from July, 2017

CERPEN 02 (POWERBANK )

Namaku Sofea. Aku anak kepada seorang anak polis yang hanya melihat ayah keluar pagi keluar malam mencari rezeki tanpa henti dan kadang kadang dalam sehari aku hanya boleh bersembang hanya 20 patah perkataan dan juga kadang kadang hanya sempat bertanya khabar begitu sahaja. Kadang kadang aku rasa disisihkan di samping ada terselit rasa sayang sikit sikit hilang begitu sahaja. “krikkk”!bunyi pintu diselit dengan perlahan tanda ada seseorang masuk ke dalam rumah. Aku melihat jam di dinding dan detik jam perlahan bergerak menunjukkan jam 10.30 malam. Waktu sebegini selalunya waktu ayah pulang. Lalu aku memberanikan diri lihat ke luar bilik dan tepat sekali tekaan aku apabila ayah sedang menanggalkan stokinnya yang semakin lusuh dari hari ke hari. “Ayah baru balik?”.kata aku. “Haah fea, ayah penat ni.ayah nak masuk bilik nak mandi,solat lepastu nak tidur.” Begitulah kehidupan aku bersama ayah selain hari minggu. Kadang kadang aku rasa diriku tak dihiraukan langsung. Tapi aku sayang

CERPEN 01 (NAIM)

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat juga aku beraya di kampung, jumpa mak abah,adik-adik dan kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita.  Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah sangat dekataku pasal aku tak pernah pernah nak hantar surat kat dia. Dulu  masa zaman kecik-kecik mainsama-sama. Bila dah belajar… lupa kawan! Semua buat hal masing masing. Senyum aku sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanakku bersama Naim. Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulanganku. Mesti ramai awek  kempung menyesal kerana mengejek aku dahulu. Maklumlah dulu aku ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara,aku sudah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga m